Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Bungkus Sardin"


Tips

- Asam limau perlu untuk hilangkan hanyir..

- Satu lagi bahan2 sardin jika tak nak masak terlebih dahulu pun ok..terus campur semua bahan2 (*) dan kacau

Ingredients

Sardin Mackerel (Ayam Brand)* 155 gram
Telur 2 biji
Bawang kuning - di potong dadu*
1/4 Biji Tomato - dipotong dadu*
Cili Api 3 biji - di hiris nipis*
Limau Nipis 1/4 biji - perah untuk jus
Daun Bawang - Dihiris Halus* 1 tangkai
Daun Sup - Dihiris Halus* 1 tangkai
Lada Sulah 1/2 sudu teh
Lobak Merah- Dipotong Dadu Halus* Sedikit sahaja
Garam* Secukup rasa
Minyak Masak 3 sudu besar
Mayonis 1 sudu besar
Sos Cili 1 sudu besar

Instructions

1

Tumis bawang hingga layu, masukkan cili, api..

2

Kenudian masukkan isi sardin, lenyekkan dgn sudip, Kacau sekejap

3

Masukkan carrot yang telah dipotong dadu kecil

4

Kacau sekejap, masukkan daun bawang, daun sup dan asam limau, kacau dan biarkan sekejap..

5

Masukkan sedikit garam..kacau dan angkat dan ketepikan.

6

Dalam mangkuk lain, pecahkan telur kacau macam nak buat telur dadar , masukkan lada sulah

7

Panaskan minyak..masukkan telur tadi .pastikan ianya leper dan nipis

8

Bila telur hampir masak, letakkan sardin yang telah dimasak tadi dan tomato keatas telur..lipat (macam buat crepe)

9

Goreng hingga telur nampak sedikit keperangan, kemudian balikkan perlahan2.

10

Bila kedua-dua belah sudah masak, angkat perlahan-lahan

11

Kemudian letakkan sos cili dan mayonis kat atas tu..sedia umtuk dihidang