Back to Recipe Print

Recipe for "Churros"


Tips

-Boleh dibuat awal, paipkan atas plastik yg dsapu butter dan bekukan. Bila nak goreng, defrost dan goreng atau goreng dulu separuh masak banyak-banyak dan bekukan. Nanti nak makan, just goreng semula sekejap.

Ingredients

Air Secawan
Gula 1 sudu besar
Tepung Gandum (Ayak) 1 + 1/2 cawan
Telur Saiz A Sebiji
Garam Halus 1/2 sudu kecil
Butter 1 sudu besar
Minyak 2-3 cawan

Instructions

1

Didihkan air, gula, butter dan garam.Kecilkan api dan masukkan tepung.Kacau cepat2 supaya tepung tak berketul.kacau hingga menjadi seperti doh lembut.

2

Tutup api. Alihkan periuk dan kacau hingga hampir sejuk. Masukkan telur dan kacau cepat2 sampai sebati.

3

Masukkan dalam piping bag yang ada nozel star. Panaskan minyak banyak. Biar api sederhana. Pipekan dalam minyak panas panjang yg anda mahu.

4

Goreng hingga golden brown. Toskan minyak dan boleh tabur gula atau gula aising takpu makan dengan coklat yang dicairkan.