Back to Recipe Print

Recipe for "Pulut Mangga"


Tips

1. Semasa mengukus pulut, saya masukkan pulut dalam penapis supaya pulut tidak jatuh melalui lubang periuk kukus. Boleh juga lapik lubang dengan daun pandan atau daun pisang. Tp saya buat cara mudah.
2. Tepung jagung ditambah supaya kuah pekat & dapat menyaluti pulut & mangga.
3. Pastikan menggunakan mangga ranum & manis untuk menikmati pulut ini.

Ingredients

Bahan Untuk Pulut
Pulut Susu 3 cawan
Santan Pekat 1 cawan
Air 1/2 cawan
Gula Pasir 2 sb
Garam 1sk
Daun Pandan Disimpul 2 helai
Bahan Kuah Santan
Santan Pekat 3/4 cawan
Air 1/2 cawan
Gula Pasir 2 sb
Garam 1sk
Tepung Jagung 1 sb
Daun Pandan Disimpul 2 helai

Instructions

Cara menyediakan pulut

1

Rendam pulut dalam air selama 3 jam. Toskan air & bersihkan pulut.

2

Panaskan pengukus. Masukkan pulut & daun pandan dalam penapis & kukus selama 20 minit.

3

Satukan santan, gula & garam. Kacau supaya gula & garam larut.

4

Keluarkan pulut & masukkan dalam besen besar supaya mudah dikacau. Tuangkan santan & gaul rata. Tidak perlu habiskan santan jika pulut sudah lembut.

5

Masukkan dlm loyang kesukaan & kukus lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.

Cara menyediakan kuah santan

1

Satukan santan, air, gula, garam & daun pandan dalam periuk. Masak hingga panas, tidak perlu mendidih.

2

Masukkan tepung jagung yg telah dilarutkan dgn sedikit air. Kacau & tutup api.

Cara dihidangkan

1

Kupas buah mangga cokanan & potong ikut kesukaan.

2

Cedok pulut ke dalam pinggan hidangan. Sudukan kuah santan & letakkan buah mangga sebanyak mana yang diingini. Sedia dihidang.