Telur | 5 biji |
Bawang Merah | 2 ulas |
Bawang Putih | 2 ulas |
Halia | 1 inci |
Lada Putih (Biji) | 8-10 biji |
Air Asam Jawa | 100 ml |
Serbuk Kunyit | 1 sudu kecil |
Garam | Secukupnya |
Minyak Masak | Secukupnya |
Gula | Secukupnya |
Pertama sekali, goreng telur.
Kemudian, kurangkan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng telur tadi untuk menumis bahan tumisan.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia (bahan ini ditumbuk sehingga lumat) dan lada putih (ditumbuk sehingga menjadi serbuk kasar) sampai naik bau.
Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan dan gaulkan hingga sebati.
Seterusnya, masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula untuk menyeimbangkan rasa.
Angkat sekiranya kuah mula menggelegak. Sedia untuk dihidang.