Back to Recipe Print

Recipe for "Moist Chocolate Caramel Cake"


Tips

*Satukan secara selang seli dan ketepikan.
*Sekiranya awal dimasukkan tepung dahulu, pengakhirannya juga haruslah tepung.
*jangan sampai gula terlampau hangus nanti kek rasa pahit
*Cucuk kek dengan lidi untuk pastikan dia masak ataupun tidak.

Ingredients

Bahan A
Serbuk Koko 1 cawan
Susu Cair 1 cawan
Susu Pekat 3/4 cawan
Minyak Masak 1 cawan
Gula 1 cawan
Bahan B
Tepung Gandum 3/4 cawan
Soda Bikarbonat 1 sudu kecil
Baking Powder 1 sudu kecil
Bahan C
Telur 4 biji (diblend)
Untuk Gula Hangus:
Air 2 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Untuk Karamel:
Susu Cair 1/2 tin
Susu Pekat Manis 3/4 cawan (ikut kemanisan)
Esen Vanilla 1/2 sudu kecil
Kuning Telur 3 biji

Instructions

1

Semua bahan A dimasak atas api perlahan dan sejukkan.

2

Satukan semua Bahan B dan ayak. Ketepikan.

3

Blend 4 biji telur dan ketepikan.

4

Satukan Bahan B dan C ke dalam A.
Satukan secara selang seli dan ketepikan.

5

Untuk gula hangus saya gunakan loyang saiz 8''.
Masukkan gula dan air dan jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pada loyang.

6

Untuk bahan karamel, satukan semua bahan dan kacau perlahan jangan sampai berbuih.

7

Tuang perlahan-lahan agar tidak berbuih kedalam gula hangus.

8

Kukus selama 30 minit.

9

Sekiranya karamel telah masak, tuang perlahan-lahan adunan kek tadi ke dalam loyang. Kukus semula dalam 1 jam atau sehingga masak.