Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Lapis Keju Coklat"


Tips

-boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g


1. Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.

2. Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

3. Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.

Ingredients

Bahan A :
Telur Gred A 7 biji
Tepung Hongkong 250g
Gula Halus 180g
Ovalette 1 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Air Ais 75 ml
Bahan B :
Mentega Berkualiti (Pada Suhu Bilik) 250g
Cream Cheese (Pada Suhu Bilik) 140g
Susu Pekat Manis 7 sudu besar
Bahan C :
Serbuk Koko (Diayak) - Kurang Sukatan Jika Menggunakan Pure Cocoa 50g
Susu Pekat Manis 2-3 sudu besar
Pewarna Coklat Atau Coklat Emulco Sedikit

Instructions

1

Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.

2

Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.

3

Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.

4

Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bhgn dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bhgnn ni jika suka) dan satu lagi disatukan dgn bahan C (putar sebati).

5

Bakar/grill lapis demi lapis.

6

Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar menggunakan api atas sahaja selama lebih kurang 5 minit.

7

Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya

8

Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, & tekan lapisan kek dgn menggunakan penekan kek atau alat lain yg besesuaian.

9

Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya.

10

Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis.

11

Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing2

12

Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.