Vietnam Rice Paper | 10 keping |
Isi Ketam (Filamen) | 10 keping |
Timun | 1 biji |
Udang | 100 gram |
Salad | Ikut keperluan |
Bawang Merah (Holand) | Sebiji |
Sos Ikan | 1 sudu |
Cili Kisar | 3 sudu |
Bawang Putih | 3 ulas |
Bawang Merah | Sebiji |
Gula Dan Garam | Secukup rasa |
Sos Ikan | 3 sudu |
Untuk sos, tumbuk bawang merah, bawang putih, masak bersama cili kisar dan sos ikan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak secukupnya. Kacau dan guna api perlahan.
Celur sekejap isi ketam dan udang, potong timun secara memanjang dan basuh sayur salad dan potong kecil supaya muat untuk menggulung.
Sediakan air suam dan letakkan dalam pinggan supaya mudah untuk mencelup "rice paper"
Sediakan semua bahan dan celup rice paper dalam air suam, celup sebentar sahaja. Lebih kurang 10 saat
Letakkan semua bahan, lipat sedikit kiri-kanan dan kemudian gulung seperti biasa. Anggarkan bahan yang diletakkan supaya "rice paper" tidak terkoyak.
Kena menggulung dengan cepat supaya "rice paper" tidak melekat-lekat.
Setelah siap, boleh dihidangkan bersama sos dan makan segera. Makanan ini tidak sesuai disimpan lama.