Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Udang Dan Belimbing Buluh Bersantan"


Tips

Masaklah dengan sabar, hehee ^_^

Ingredients

Udang 200 gram
Cili Kisar 5 sudu
Bawang 3 biji (1 besar 2 kecil)
Belimbing Buluh 10 biji
Garam Secukupnya
Minyak Masak Secukupnya
Asam Jawa Setengah cawan
Air Satu ke dua cawan
Santan Pekat Secawan

Instructions

1

Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta cili kisar.

2

Masak sehingga garing dan setelah garing masukkan sedikit air supaya sambal mengembang.

3

Kemudian, masukkan air asam jawa dan sekiranya nampak sudah cair tidak perlu tambah air.

4

Masukkan udang dan kacau sehingga sambal tadi sebati.

5

Belimbing buluh dipotong dua dan dibuang sedikit di kedua-dua bahagian hujungnya dan masukkan ke dalam kuah tadi.

6

Selepas menggelegak masukkan santan dan kacau perlahan. Sekiranya kuah menjadi pekat tambah air sedikit.

7

Guna api perlahan dan kacau sehingga masak.