Back to Recipe Print

Recipe for "Bebola Donat - Lembut"


Tips

Pastikan gula larut semasa sebatikan yis + air dan gula.

Ingredients

Tepung Gandum 2 1/2 cawan
Yis Mauripan 1 1/2 sudu kecil
Gula 4 sudu kecil
Air 1/3 cawan
Butter 2 1/2 sudu besar
Susu Segar (Dutch Lady) Secukupnya utk mengguli
Bahan Salutan
Gula Icing Secukupnya

Instructions

1

Yis + air + gula sebatikan dan biar yis naik buih (rujuk tips). Ketepikan.

2

Dalam mangkuk, masukkan tepung dan butter. Sebatikan. Bila yis dah naik buih, masukkan ke dalam tepung tadi. Sebatikan.

3

Kemudian masukkan susu dan uli sehingga menjadi doh. Agak-agak sahaja susu tu. Ketepikan dan biarkan selama sejam.

4

Doh akan mengembang. Tumbuk doh dan uli sekejap. Kemudian bulat-bulatkan doh. Rehatkan doh dalam 15 minit dan goreng.

5

Angkat bila sudah kemerahan. Bila donut dah sejuk baru salutkan dengan gula icing.