Sotong | 10 ekor |
Bawang Putih | 4 ulas |
Halia | 1/2 inci |
Rempah Kari Ikan | 3 sudu besar |
Serbuk Cabai | 1 sudu besar |
Serbuk Kunyit | Sedikit |
Bawang Besar | 2 biji |
Tomato | 1 biji |
Cili Hijau | 1 tangkai |
Serbuk Perasa | Secukup rasa |
Bersihkan sotong dengan membuang kulit dan dakwatnya serta potong kecil2 seperti gelang.
Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk halus.
Kemudian tumis bawang besar dan tomato yang dipotong dadu.
Bancuh semua rempah, serbuk cabai serta kunyit dengan air.
Masukkan bancuhan tadi dan masukkan air mengikut banyak mana kari yg mahu.
Masukkan sotong dan perasakan dengan serbuk perasa.
Agak-agak sotong hampir masak, masukkan bawang merah yg dipotong bulat serta cili hijau yang dibelah.
Hidangkan dengan nasi panas-panas.