Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Hitam"


Tips

Kicap yang digunakan sudah mempunyai rasa lemak dan manis, jika perasakan dengan gula garam tidak perlu banyak mengikut rasa masing-masing.

Ingredients

Ayam 500gm
Bawang Besar (Kisar) 1 biji
Bawang Putih (Kisar) 2 ulas
Halia (Kisar) 2 inci
Serbuk Kari Ayam/daging 3 sudu besar
Kicap Lemak Manis 1/2 cawab
Cili Kering Kisar 2 sudu
Kentang (Kupas Dan Potong Baji) 1 biji
Lobak Merah (Dipotong) 1 biji
Air Asam Jawa 1 sudu

Instructions

1

Tumiskan bahan kisar (bawang besar/putih dan halia) dalam kuali sehingga kekuningan, masukkan cili kering kisar tumis lagi.

2

Bila naik bau, masukkan serbuk kari ayam/daging tumis sehingga betul-betul kering tambah sedikit air.

3

Masukkan ayam dan kaup balik sehingga sebati, masukkan lobak merah dan ubi kentang, tutup kuali untuk ayam dan bahan tumis mesra lebih kurang 5 minit.

4

Masukkan kicap dan sedikit air asam jawa, kaup balik sehingga betul-betul masak dan empuk ayam dan lobak serta kentang.

5

Kecilkan api, perasakan dengan gula dan garam (gula dan garam tidak perlu banyak kerana kicap lemak manis sudah agak sesuai dengan masakan.

6

Biarkan merenih tutup api dan sedia untuk dihidangkan.