Back to Recipe Print

Recipe for "Wedges Home-Made"


Tips

*gunakan kentang holland atau apa apa kentang yang bersih kulitnya kerana wedges tidak perlu mengupas kulit

*setiap biji ubi kentang dibelah dua, dan setiap belah boleh dapat 3 ketul wedges (sebiji kentang 6 ketul wedges)

Ingredients

Ubi Kentang Holland Saiz Besar 6 biji dipotong bentuk wedges
Telur Ayam 2 biji
Serbuk Lada Hitam 2-3 sudu
Garam 1-2 sudu kecil
Tepung Kentucky Apa Apa Brand 4-5 sudu besar

Instructions

1

Basuh kentang bersama kulitnya dengan air suam sehingga betul betul bersih

2

Setelah itu, potong kesemua kentang berbentuk wedges. Rendam dalam air biasa (bukan suam)

3

Rebus kentang sehingga 90% empuk (boleh agak dengan cucuk menggunakan garfu). Seteleh lembut, angkat dan toskan.

4

Pecah telur didalam mangkuk. Masukkan garam dan lada hitam. Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung kentucky

5

Celup wedges satu persatu ke dalam telur, kemudian ke dalam tepung. Dan ketepikan.

6

Goreng wedges yang telah siap dicelup ke dalam minyak separuh (tidak penuh) dan api sederhana selama 1-2 minit setiap sisi

7

Angkat dan sedia dihidang