Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Cara Berlauk ( Daging ) "


Tips

Letakkan inti lebih sedikit bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Adunan perlu cair sedikit supaya tidak terlalu keras selepas dimasak

Boleh juga diganti dengan isi ayam atau udang kering

Ingredients

Bahan Untuk Adunan
Tepung Gandum 2 cawan
Telur 1 biji
Santan Atau Susu Cair Mengikut citarasa
Untuk Inti
Daging Lembu Dicincang Halus 200gram
Bawang Merah Dipotong Dadu Sebiji besar atau dua sederhana
Cili Kisar Atau Serbuk Cili 2sudu
Serbuk Kari Mengikut keperluan
Rempah Kurma Setengah sudu
Daun Sup Dan Daun Bawang ( Dimayang Halus) Dua tangkai
Cili Merah Hiris ( Untuk Hiasan ) 2 batang

Instructions

1

Pukul telur bersama santan dan masukkan tepung gandum. Pukul sehingga sebati dan tidak berketul

2

Tapis adunan supaya mendapat tekstur yang cantik

3

Untuk inti pula ( boleh dibuat awal dan disimpan didalam peti sejuk )

4

Basuh daging dengan bersih. Tumiskan bawang sehingga layu , masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.

5

Apabila sudah garing dan pecah minyak, masukkan daging ,serbuk kari dan rempah kurma.

6

Biarkan daging dimasak sehingga kering airnya dan empuk. Apabila sudah hampir siap, masukkan daun sup dan bawang yang sudah dimayang.

7

Perasakan dengan gula dan garam.

8

Tuang adunan yang telah dipanaskan terlebih dulu dia atas dapur. Gris kan dengan sedikit minyak masak.

9

Taburkan inti anda secepat mungkin supaya dapat melekat. Tekan sedikit jika perlu. Letakkan hirisan cili merah.

10

Setelah masak , sedia dihidang