Daging Tetel Dan Tulang | 1kg |
Bihun ( Dicelur ) | 1 paket |
Lada Putih ( Biji Dan Kisar ) | 3 sudu |
Bebola Daging ( Direbus ) | 15 biji |
Daun Sup + Daun Bawang | Setengah cekak |
Bawang Putih | 1 labu |
Kicap Cili | Secukupnya |
Sambal Cili | Secukupnya |
Bawang Goreng | Secukupnya |
Cuci bersih daging tetel dan tulang.
Tumis bawang putih yang ditumbuk atau dicincang halus sehingga naik bau. Masukkan lada putih dan tambah air.
Masukkan daging dan tulang, seeloknya guna pressure cooker ( jika ada ). Rebus sehingga empuk
Perasakan sup dgn gula garam.
Celur bihun sehingga lembut. Angkat dan toskan.
Sedia dihidang bersama sayur celur ( jika mahu ), bebola daging , dan bawang goreng.
Untuk sambal cili , guna cili merah , blend dengan bawang putih atau campur cili api merah sikit untuk extra pedas. Tambah cuka. Masak sehingga pekat
Kicap cili pula seeloknya guna cili api , blend bersama kicap manis dan bawang putih ( jika mahu )Tambah garam dan sedikit cuka. Masak jika mahu