Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Pedas Tulang Lembu"


Tips

Rebus tulang terlebih dahule..nak cepat empuk guna pemanggang ajaib..tak pun masukkan daun nangka dlm rebusan dagind & masak dgn api perlahan
Kalau suka boleh letak belacan

Ingredients

Tulang Rusuk Lembu 1 kg
Cili Kering - Dibersih & Ditoskan* 15 tangkai
Bawang Merah* 10 ulas
Bawang Putih* 3 ulas
Halia* 2 inci
Lengkuas* 2 inci
Serai - Diketuk 2 batang
Serbuk Lada Hitam 1 sudu teh
Bunga Kantan 2 kuntum - belah empat
Daun Kesum Seikat (50 sen)
Tomato - Dibelah 4 2 biji
Kicap Cair 2 sudu besar
Asam Keping 3 keping
Garam Secukup rasa
Minyak Masak Secukupnya
Gula - Utk Balancekan Rasa Sedikit sahaja

Instructions

1

Tulang dibasuh dan direbus bersama sedikit garam terlebih dahulu hingga empuk..kemudian ketepikan..

2

Tumis bahan2 (*) yang telah dikisar terlebih dahulu hingga naik bau...

3

Kemudian masukkan serai, kacau sekejap

4

Masukkan tulang tadi bersama air rebusan daging & asam keping ..masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam & secubit gula utk balancekan rasa..

5

Biar mendidih, kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesom..Biarkan dalam 5 minit

6

Agak2 kuah sudah pekat, masukkan tomato tadi..biar dalam 3 minit ..

7

Dah siap untuk dihidang...