Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Patin Masak Tempoyak"


Tips

Boleh letak tempoyak lebih sekiranya suka pekat.
Rebus kosong ikan patin seketika lebih kurang 10 minit untuk buang hanyir.
Jangan kacau ikan sekiranya telah masukkan ke dalam periuk kerana isi ikan akan hancur (tinggal tulang dalam kuah).
Tambah timun tua/timun biasa/terung untuk menambah kelazatannya.

Ingredients

Ikan Patin (Sederhana) 2 ekor
Tempoyak 2 cawan
Cili Padi 10 biji
Daun Kesum 1 ikat
Bunga Kantan (Belah 2) 2 kuntum
Asam Keping 4 keping
Serbuk Kunyit 4 sudu
Air 5 cawan
Timun Tua (Dipotong Kecil) 1 biji
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Rebus seketika ikan patin yang telah dicuci untuk buang hanyir dan toskan.

2

Tumbuk tempoyak dan cili padi.

3

Masukkan tempoyak dengan cili padi tadi, serbuk kunyit, bunga kantan, daun kesom, asam keping, timun tua dan air ke dalam periuk.

4

Masak sehingga timun lembut dan perlahankan api seketika.

5

Masukkan garam dan gula. Rasa dan biarkan mendidih dengan api perlahan.

6

Masukkan ikan patin dan jangan kacau. Biarkan mendidih lebih kurang 10 minit dan tutup api.