Back to Recipe Print

Recipe for "Ketam Masak Telur Masin"


Tips

Untuk lebih enak dan rasa yang lebih umph, boleh tambahkan sedikit (sesudu kecil) perahan limau nipis / lemon / limau kasturi.

Ingredients

Ketam 500gm
Telur Masin 5 biji
Serai 2 batang
Cili Kisar 3 sudu besar
Bawang Besar 1 biji
Daun Bawang 5 tangkai
Daun Kucai 5 tangkai
Cili Merah 2 biji
Susu Segar 1/4 cawan
Gula 1 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu besar

Instructions

1

Basuh bersih ketam dan potong 4. Gaulkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing. Asingkan. Dalam periuk lain, rebus telus masin sehingga masak.

2

Kemudian, tumis cili kisar, bawang besar yang dihiris halus, serai yang telah diketuk. Tumis sehingga cili masak.

3

Kemudian pecahkan telur masin dan hancurkan telur. (boleh guna ke-dua dua isi atau guna kuningnya sahaja).

4

Masukkan telur masin, cili merah dan gula dan kacau sebati, kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu segar.

5

Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng tadi bersama dengan daun kucai dan daun bawang. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.