Back to Recipe Print

Recipe for "Apple Crumble"


Tips

Untuk mendapatkan 'crumble' yang betul, semasa mengadun perlulah dengan cepat. Butter perlu betul-betul beku supaya crumble akan lebih cantik.

Ingredients

Bahan Inti Pai
Epal Hijau 7 biji
Gula Perang 3 sudu besar
Lemon 1 biji (perahan jus)
Butter 1 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Serbuk Kulit Kayu Manis 2 sudu kecil
Bahan 'crust'
Tepung Gandum 1 cawan
Butter (Dibekukan) 150-250gm
Garam 1 sudu kecil
Gula Perang 1 sudu besar

Instructions

1

Panaskan oven dalam 180'. Kemudian buang kulit epal dan bijinya. Potong dadu.

2

Kemudian masak epal bersama gula perang, perahan lemon, esen vanila dan kulit kayu manis. Masak sehingga sedikit keperang-perangan. Asingkan.

3

Dalam bekas lain, Teruskan dengan membuat crumble. Masukkan tepung dan butter.

4

Kemudian adunkan menggunakan tangan dengan cepat supaya butter tak cair. Masukkan gula perang dan teruskan mengadun sehingga menjadi crumble.

5

Letakkan epal yang sudah dimasak ke dalam loyang, kemudian taburkan 'crumble' tersebut. Bakar di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180'.

6

Sedia untuk dihidang bersama ais krim vanilla! Selamat mencuba ya!