Back to Recipe Print

Recipe for "Lontong Cheng"


Tips

Rebus ketupat nona sehari sebelum kerana kuah lontongnya cepat dimasak tetapi tidak ketupat nona. Jimat masa.

Sedap dimakan dengan sambal udang atau sambal ikan bilis pedas.

Ingredients

Nasi Impit
Ketupat Nona Mini 10 ketul
Kuah
Bawang Besar (Kisar) 1 biji
Bawang Putih (Kisar) 4 ulas
Bawang Merah (Kisar) 4 ulas
Udang Kering (Dikisar) 2 sudu
Cili Kering (Kisar) 1 sudu
Kiub Ikan Bilis 1 kiub
Serai (Dititik) 3 batang
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu
Serbuk Kunyit 2 1/2 sudu
Asam Keping 2 keping
Kacang Panjang 1/2 ikat
Kobis 1/6 biji
Lobak Merah 1/2 batang
Terung 1 biji
Santan 1 kotak
Air 1 cawan
Garam Secukup rasa
Gula 1 sudu
Minyak Masak 4 sudu

Instructions

1

Rebus ketupat nona mini selama 1 jam.

2

Sediakan periuk.
Panaskan minyak.
Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan serbuk kunyit dan air.

3

Masukkan serai, serbuk lada hitam, kobis, lobak, terung, kacang panjang, asam keping dan kiub ikan bilis.
Kacau dan masukkan santan, garam dan gula.

4

Siap!
Hidangkan bersama nasi impit yang telah dipotong dadu.