Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Merah"


Tips

Letak bekas bekalan dalam bento bag..

Ingredients

Daging Ayam 3 ketul
Kunyit Serbuk* 1 sudu
Garam* 1 sudu kecil
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya
Bahan Sambal Merah
Cili Kisar 2 sudu
Bawang Putih - Tumbuk Lumat 1 ulas
Bawang Merah - Hiris Nipis 1 labu
Sos Cili 2 sudu
Sos Tomato 2 sudu
Garam Secukul rasa
Air Setengah cawan

Instructions

1

Ayam digaul bersama kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga masak
Angkat & toskan

Cara masak sambal merah

1

Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan minyak dulu

2

Kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan cili kisar, goreng sehingga pecah minyak

3

Selepas itu masukkan sos cili dan sos tomato
Tuangkan air dan juga bawang yg dihiris
Masukkan garam secukup rasa

4

Kemudian masukkan ayam dan terus mengacau hingga kuah sambal menjadi pekat..
Padamkan api

Cara menghias bento

1

Guna bekas bento atau tupperware berbentuk bulat
Alas dengan sehelai daun salad

2

Padatkan nasi didalam mangkuk bulat kemudian masukkan ke dlm bekas bento
Letak ayam masak merah disebelah tepi bersama ulam timun

3

Dengan menggunakan fishball, potong bulat utk membentuk mata dan hidung
Kemudian potong seaweed sedikit kecil utk membentuk anak mata dan mulut.
Siap!