Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Siakap Goreng Masak Tiga Rasa"


Tips

Untuk resepi ini , kaedah minyak yang banyak diperlukan untuk menggoreng ikan agar ikan dimasak sekata .

Ingredients

Ikan Siakap 1 ekor
Garam Secukup rasa
Tepung Beras Secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Sos 3 Rasa :
Bawang Besar (Ditumbuk) 1/2 biji
Bawang Putih (Ditumbuk) 3 ulas
Cabai Kering (Dimesin) 5 biji
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Tomato 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Perahan Air Asam Jawa 1 sudu besar
Serai (Dihiris Halus) 1 batang
Tomato (Potong Dadu) 1 biji
Nenas (Potong Dadu) 50 gram
Limau Purut (Dihiris Halus) 4 keping
Garam Jika perlu
Gula Jika perlu

Instructions

1

Bersihkan ikan dan toskan . Lumurkan garam secukupnya . Salut ikan dengan tepung beras secara menyeluruh . Ketepikan .

2

Seterusnya , panaskan minyak & mulakan gorengan anda ketika minyak sudah panas . Apabila ikan sudah masak dan kekuningan , angkat dan ketepikan .

3

Selepas menggoreng , tuangkan lebihan minyak tadi . Dengan menggunakan minyak yang sama , tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan .

4

Seterusnya , masukkan cabai . Goreng sehingga garing . Masukkan pula sos cili , sos tomato , sos tiram dan air asam jawa . Kacau .

5

Tambah sedikit air . Masukkan garam dan gula jika perlu . Akhir sekali , masukkan serai , nenas , tomato dan hirisan limau purut . Masak seketika .

6

Apabila sos 3 rasa sudah siap , tuangkan ke atas gorengan ikan tadi dan hidangkan . Selamat mencuba !