Back to Recipe Print

Recipe for "Laksa Johor"


Tips

rasa dahulu kuah sebelum masukkan Garam kerana udang kering akan mengeluarkan rasa masin.

Ulam-ulaman adalah mengikut citarasa masing-masing.

Bunga kantan juga boleh dimasukkan di dalam kuah.


Ingredients

Ikan Kembung/mackerel/ikan Parang 300gm
Isi Udang 50gm
Udang Kering 20gm
Kerisik 1sudu makan
Lengkuas (Di Titik ) 1/2 inch
Bawang Besar (Kisar Halus) 1biji
Bawang Putih (Kisar Halus) 3 ulas
Cili Giling 2 sudu makan
Biji Ketumbar ( Di Goreng Tanpa Minyak Dan Di Tumbuk Menjadi Serbuk) 1sudu makan
Jintan Manis (Di Goreng Tanpa Minyak Dan Di Tumbuk Menjadi Serbuk) 1sudu teh
Rempah Kari Daging 2 sudu besar
Asam Gelugor 5 keping
Santan Kelapa 1biji
Daun Kesom Segenggam
Daun Selasih Setangkai
Spagetthi 1/2 bungkus
Ulam-Ulaman
Timun ( Dibuang Pulur Dan Di Hiris Bulat) 1biji
Bawang Besar 1biji (dihiris nipis)
Daun Selasih Secekak
Daun Tenggek Burung Secekak
Limau Kasturi 3 biji
Lobak Asin (Di Cincang) 10gm

Instructions

1

Rebus ikan Dan asing kan tulang Dan kisar halus.

2

Udang di buang kulit, dire bus dan dikisar halus.

3

Udang kering direndam seketika Dan dikisar halus.

4

Campur kan rempah Kari daging, Ketumbar, jintan manis Dan bawang yang telah dikisar.

5

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis lengkuas Dan bahan campuran rempah hingga harum dan pecah minyak. Untuk elakkan hangus, gunakan api perlahan.

6

Masukkan santan dan air rebusan ikan serta isi ikan, udang kisar dan udang kering.

7

Tambah asam gelugor, daun kesom dan daun selasih.

8

Masukkan merisik Dan Perasakan garam secukup rasa.

9

Biarkan mendidih seketika selama 10min Dan tutup api.

Penyediaan spagetthi

1

Didihkan air dan rebus spagetthi sehingga lembut. Toskan dan sanggul spagetthi menggunakan garfu semasa masih panas.

Sambal belacan

1

Tumbuk 3 cili merah, 5 biji cili padi, 1/2 inc belacan Dan Garam sehingga lumat