Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Apam Tepung Beras"


Tips

* Pastikan adunan jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat

*Campuran yis terlalu byk akan buatkan apam berbau masam

*Cucuk apam dgn lidi, jika tak melekat apam tu dah betul betul masak

*Balut penutup pengukus utk elakkan permukaan apam mengerutu

*Pasang api sederhana sahaja semasa mengukus utk mengelakkan permukaan merekah

Ingredients

Bahan A
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis 2 sudu kecil
Bahan B
Nasi 2 cawan
Gula Pasir 1 1/2 cawan
Air 2 cawan
Bahan C
Kelapa Parut 2 cawan

Instructions

1

Campurkan Bahan A dlm satu bekas dan gaul rata

2

Blend Bahan B (Blend nasi sedikit demi sedikit)

3

Campurkan cecair Bahan B dalam Bahan A dan kacau sebati (tambah air lagi 3 cawan). Perap selama 1 jam 30 minit

4

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dgn kain

5

Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil

6

Campurkan pewarna ikut citarasa

7

Masukkan dlm acuan kecil dan kukus sehingga 20 minit

8

Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam