Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Keria"


Tips

masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung

Ingredients

Keledek 2 biji
Tepung Gandum 1 cawan
Garam Secukup rasa
Gula 100 gram
Minyak Secukupnya
Air 60ml
Tepung Ubi 1 sudu

Instructions

1

Rebus keledek hingga empuk, angkat dan toskan airnya

2

Lenyek keledek hingga hancur. masukkan tepung gandum, tepung ubi dan garam. kacau rata

3

Ambil sedikit doh, buat seperti bentuk donut yang berlubang di tengah

4

Goreng dalam minyak panas

5

Untuk sira gula, masukkan air & gula dalam kuali, dengan api kuat, masak hingga pekat tanpa dikacau

6

Setelah pekat, tutup api, dan kacau selama 10 saat.

7

Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi sambil menggaul sehingga gula menjadi keras dan rangup.siap!