Back to Recipe Print

Recipe for "Daun Kucai & Taugeh Tumis Cencalok & Udang"


Tips

Tak perlu letak garam terlalu banyak kerana cencalok dah masin.

Ingredients

Daun Kucai 1 cekak - kerat pendek
Taugeh 1 genggam
Isi Udang 1/4 cawan
Cencalok 2 camca besar
Bawang Besar 1 biji - hiris
Bawang Putih 2 ulas - hiris
Cili Hijau 1 biji - hiris
Cili Merah 1 biji - hiris
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah & cili hijau hingga layu.

2

Masukkan udang & cencalok, kacau rata & masak hingga udang berubah warna.

3

Tambah daun kucai, taugeh & kacau rata. Masak hingga sayur lembut.

4

Perasakan garam & gula. Kacau rata & hidang.