Back to Recipe Print

Recipe for "Kerang Rebus"


Tips

Petua yg mak saya selalu buat semasa basuh kerang ialah dengan menggunakan pelepah pisang dan daun pisang yg dicarik2, dilumurkan pd kerang dan dibilas dengan air. Selain dari itu, boleh guna mengguna hampas kelapa dilumurkan pada kerang.. Hasilnya kulit kerang bertukar putih dan bersih.

Ingredients

Kerang 1 kg
Serai - Diketuk 2 batang
Halia - Diketuk 2 inci
Cili Api - Diketuk 10 bj
Bawang Putih - Diketuk 2 ulas
Bawang Besar - Hiris 1 labu
Asam Keping 3 keping
Garam Secukup rasa
Air 1.5 liter

Instructions

1

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk bersama 1.5L air

2

Bila air dah mendidih barulah masukkan kerang dan garam

3

Bila nampak kulit kerang terbuka tandanya kerang dah cukup masak..