Back to Recipe Print

Recipe for "Cream Puff"


Tips

Laraskan suhu oven mengikut oven anda untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Selamat mencuba :)

Ingredients

Cream Custard
Tepung Gandum 1 sdb
Tepung Custard 1 sdb
Susu Segar 200ml
Gula 4 sdb
Telur 1 biji
Marjerin 1 sdb
Essen Vanilla 1/2 sdt
Cream Puff
Tepung Gandum 120g
Air 200ml
Butter 90g
Telur 4 biji
Essen Vanilla 1 sdt
Gula 1 sdb
Garam Secubit

Instructions

CREAM CASTARD

1

Satukan tepung gandum, tepung castard dan susu ke dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.

2

Selepas itu,tambah gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.

3

Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata. Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff.

CREAM PUFF

1

Panaskan oven pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair. Tambah gula dan garam.

2

Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan tidak melekat kat periuk. Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.

3

Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk.

4

Bakar pada suhu 200'c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan.

5

Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang.

6

Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. Icing gula boleh dijadikan hiasan :)