Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Simple Dan Sedap"


Tips

Ayam tak perlu digoreng terlalu lama kerana ayam sudah direbus.

Ingredients

Nasi Ayam
Beras Secukupnya
Halia 1 inci
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Marjerin Secukupnya
Sup Ayam Secukupnya
Sup Ayam
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 inci (dihiris)
Sup Bunjut 1 bunjut
Bawang Goreng Secukupnya
Daun Bawang Secukupnya
Garam Secukupnya
Ayam 1 ekor (dipotong kecil)
Ayam
Ayam Yang Telah Direbus 1 ekor (dipotong kecil)
Sos Tiram Secukupnya
Kicap Cair Secukupnya
Kicap Manis Secukupnya
Madu Secukupnya
Sos Cili
Cili Merah 12 tangkai
Bawang Putih 2 ulas
Cuka 3 sudu besar
Gula 4 sudu besar
Garam 3 sudu kecil
Sambal Kicap
Kuah Sup Secukupnya
Kicap Manis Secukupnya

Instructions

1

Dalam rice cooker, panaskan marjerin sehingga cair. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

2

Masukkan beras dan gaul rata. Tunggu sehingga nasi masak.

3

Masukkan air rebusan ayam.

4

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.

5

Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa.

6

Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.

7

Lumurkan ayam dengan sos tiram. kicap cair, kicap manis dan madu. Perap selama 30 minit.

8

Goreng ayam. Tak perlu lama kerana ayam telah direbus.

9

Masukkan cili merah, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

10

Satukan kuah sup dan kicap manis secukupnya.

11

Selamat mencuba!!