Back to Recipe Print

Recipe for "Laksam Terengganu"


Tips

Guna tudung periuk lagi senang...

Ingredients

Tepung Beras 3 cawan
Tepung Gandum 1/2 cawan
Air Suam 4 3/4 cawan
Garam Secukup rasa
Minyak Masak 3 sudu besar
Untuk Kuah Laksam
Ikan Selayang 5 ekor
Santan 300 gm
Bawang Merah 5 ulas
Lada Hitam Kisar 1 sudu besar
Limau Nipis 1 biji
Garam & Gula Secukup rasa
Ulam Laksam
Timun 1 btg
Daun Jambu Golok 1 ikat kecil
Taugeh 100 gm
Daun Kemangi I ikat
Kobis 100 gm

Instructions

1

Bancuhkan kesemua bahan laksam sehingga adunan sebati.

2

Panaskan pengukus, letak tudung periuk yang disapukan minyak kedalam pengukus. Panaskan seketika.

3

Kemudian tuangkan adunan laksam tadi kedalam tudung periuk .Pastikan adunan yang dituang nipis sahaja. Kukus sehingga masak.

4

Selepas 5 minit , bolehlah angkat kemudian terus gulung laksam tadi.

5

Untuk kuahnya, ikan direbus dan diambil isinya saja. Kemudian ikan tadi dikisar halus .

6

Masukan santan, ikan yg dikisar, bwg merah yg kisar, lada hitam ke dalam periuk.

7

Panaskan santan tadi sehingga masak. Pastikan jgn sampai santan itu terlalu mendidih .

8

Perasakan dengan garam dan akhir sekali perahkan limau nipis.

9

Semua ulam dipotong halus.