Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Cendawan Kukur Dan Pucuk Ubi"


Tips

Rendam dulu kulat sisir ni dengan air dan ramas2 semasa membersihkannya supaya tiada kulit2 pokok yg terlekat.

Ingredients

Cendawan Kukur 2 genggam
Pucuk Ubi 1 ikat
Cili Api* 15 biji
Kunyit Hidup* 1/2 inci
Serai - Dititik 2 batang
Santan 500 ml
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Tumbuk lumat bahan bertanda *

2

Masukkan ke dalam periuk bahan tumbuk td bersama serai, cendawan kukur dan juga santan

3

Masukkan garam dan juga pucuk ubi

4

Kacau sehingga kuah menggelegak. Matikan api bila pucuk ubi dah lembut.