Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Adobo"


Tips

Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila hendak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya.

Ingredients

Daging Ayam 350 gram
Cuka Putih 1 cawan
Kicap Pekat 3/4 cawan
Bawang Putih 7 ulas
Lada Hitam 1 - 2 sudu teh
Garam Secukup rasa
Daun Salam 2 helai
Minyak Masak Untuk menggoreng ayam

Instructions

1

Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (yang ditumbuk sedikit) dan daun salam selama lebih kurang dua jam.

2

Panaskan sedikit minyak. Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya rangup sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.

3

Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga kuah memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu).

4

Sedia untuk dihidangkan.