Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Butter Simple"


Tips

Untuk lebih sedap boleh masukkan cheese jika mahu semasa menyediakan kuah.

Selain sotong boleh juga menggunakan udang atau ketam.

Ingredients

Bahan A : Sotong Celup Tepung
Sotong 6 ekor
Tepung Gandum 1 cawan
Serbuk Kari 2 sudu kecil
Telur 1 biji
Garam Secubit
Bahan B : Kuah
Butter 2 sudu besar
Daun Kari 1 tangkai
Susu Cair 5 sudu besar
Gula 1 sudu kecil
Garam Secubit
Cili Padi / Api / Akar 5-10 biji ikut kepedasan yang disukai
Tepung Gandum 1 sudu besar

Instructions

Cara-cara menyediakan sotong goreng tepung

1

Sotong dibersihkan dan dipotong bulat bulat. Kemudian ditoskan serta dikeringkan.

2

Gaulkan bahan A sehingga semua bersalut rata dengan tepung.

3

Gorengkan sotong tersebut sehingga garing kekuningan.
Angkat dan toskan seketika.

Cara-cara menyediakan kuah

1

Untuk membuat kuahnya, menggunakan kuali yang lain panaskan butter dengan api yang perlahan sehingga cair

2

Masukkan daun kari dan cili yang telah dihiris sehingga wangi kemudian masukkan susu cair. Apabila sudah menggelegak masukkan garam dan gula.

3

Masukkan sotong yang telah digorengkan tadi kedalam kuah tersebut dan gaul rata.

4

Bagi memekatkan kuat tersebut, bancuhkan tepung gandum bersama air dan tuangkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang digemari.

5

Kacau rata, tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang sedap!