Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Carbonara Simple!"


Tips

*guna capsicum untuk dapatkan bau sos carbonara yang wangi

*boleh juga guna pasta jenis angel hair / fettucini atau sebagainya (ikut selera masing masing)

Ingredients

Spaghetti San Remo (Boleh Guna Apa Apa Jenama) 1 paket
Sos Prego Carbonara 2 tin
Capsicum (Cili Benggala) 1 biji dipotong panjang (tidak terlalu tebal)
Sosej Daging/ayam 5-6 batang dipotong serong nipis/bulat nipis
Butter 2 senduk
Cendawan Butang Ayam Brand 1 tin dihiris halus
Susu Full Cream (Kalau Takde Pun Takpe) 1/2 cawan
Garam Secukup rasa
Parmesan Cheese Ikut citarasa (untuk di tabur diatas pinggan hidangan)

Instructions

1

Rebus spaghetti dalam air penuh. Tambah sedikit minyak dan garam supaya pasta spaghetti tidak melekat

2

Setelah spaghetti lembut, tutup api dan tos kan (picit untuk tahu sudah lembut ke belum)

3

Di dalam kuali lain, masukkan butter. Gunakan api perlahan sehingga butter cair

4

Kemudian, masukkan hirisan sosej dan cendawan ke dalam kuali. Goreng sehingga separuh masak (jangan sehingga garing)

5

Setelah itu, masukkan sos prego carbonara ke dalam kuali. Kacau perlahan

6

Kemudian, masukkan cili benggala (capsicum) yang telah dihiris ke dalam kuali

7

Masukkan susu full cream perlahan sambil kacau (ini tambahan sahaja. Tiada susu full cream pun dah sedap)

8

Tambah garam secukup rasa. Tambah air ikut kepekatan yang diingini

9

Siap! Sos sedia dihidang bersama spaghetti. Tabur parmesan cheese jika suka