Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Goreng Sweet Sour"


Tips

Kalau letak buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis sedap gak untuk tambah perasa.

Ingredients

Telur 4 biji
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inci
Sos Cili 5 sudu besar
Lada Hitam Halus 1/2 sudu kecil
Jintan Manis 1 sudu kecil
Jintan Putih 1 sudu kecil
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Perahan Lemon 1 sudu besar

Instructions

1

Gorengkan semua telur.

2

Tinggalkan hanya sedikit minyak di dalam kuali dan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga naik minyak dan kemudian masukkan pula lada hitam, jintan putih serta jintan manis.

3

Tumis selama seminit dua dan kemudian masukkan sos cili dan kacau. Kecilkan sedikit api. Masukkan perahan lemon dan kemudian masukkan telur yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau seminit dua atas api kecil dan rasa sedikit sekiranya rasanya dah elok untuk dihidang atau tidak.

4

Siap untuk dihidangkan.