Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Halia "


Ingredients

Ayam 1 ekor
Bawang Besar Dimayang 1 biji
Bawang Putih (Kisar) 5 ulas
Halia (Kisar) 3-4 cm
Bawang Merah (Kisar) 2 biji
Cili Padi (Belah 2) Ikut keperluan
Oyster Sos 1 sudu besar
Tepung Jagung 2 sudu kecil

Instructions

1

Goreng ayam hingga separuh masak dan ketepikan.

2

Tumis bahan2 kisar.

3

Masukkan bawang besar yang dimayang setelah bahan2 kisar yang ditumis naik bau. Dan diikuti dengan cili padi.

4

Masukkan air lebih kurang 1 size mug. Boleh lebihkan sedikit jika ingin buat kuah yang banyak. Terpulang pada citarasa

5

Setelah itu, bancuh tepung jagung dgn sedikit air, tuang terus kedalam masakan . kacau seketika

6

Masukkan ayam, oyster sos, carrot. Tambah garam dn perasa secukupnya. Reneh shingga kuah menjadi sedikit pekat dan setelah ayam kelihatan masak. Boleh lah dihidangkan.

7

Bagi penggemar sayur, anda juga boleh mencampurkan sayur seperti brokoli/couliflower sekiranya perlu.