Back to Recipe Print

Recipe for "Pavlova"


Tips

Apabila pavlova masak, jgn terus keluarkan dari oven. Biarkan ia sejuk di dalam oven. Buka sedikit pintu oven.

Ingredients

Pavlova
Telur (Putih Sahaja) 4 biji
Gula Castor 3/4 cawan
Tepung Jagung 1 sudu besar
Cuka 1 sudu teh
Esen Vanila 1 sudu teh
Topping
Whipping Cream 1/2 cawan
Buah-Buahan Dalam Tim 1 tin

Instructions

Cara-cara membuat pavlova

1

Pukul putih telur sehingga kembang dan berbuih.

2

Masukkan gula sedikit demi sedikit.

3

Pukul sehingga adunan menjadi berkilat. Untuk mengetahui adunan telah menjadi, terbalikkan bekas. Jika tak jatuh maka adunan telah menjadi.

4

Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila. Kacau sebati menggunakan spatula.

5

Sediakan loyang. Alaskan dengan baking paper yang telah dilukiskan bulatan.

6

Letakkan adunan 'meringue' di atas bulatan baking paper tadi.

7

Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pavlova selama 1 jam pada suhu 140 C.

Cara membuat topping

1

Pukul whipping cream sehingga kental.

2

Sapukan ke atas pavlova.

3

Tabur buah-buahan dalam tin.

4

Selamat mencuba!!