Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Karamel Pelangi"


Tips

Kaedah steam bath. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.

Ingredients

Bahan Karamel
Gula Pasir 2 sudu besar
Susu Pekat 1/2 cawan
Gula Kastor 70 gram
Telur (Kuning Sahaja) 3 biji
Esen Vanila 1/2 sudu teh
Bahan Kek A
Gula Kastor 70 gram
Telur (Kuning Sahaja) 3 biji telur
Air 135 ml
Minyak Masak 45 ml
Bahan Kek B
Tepung Gandum 140 gram
Baking Powder 1 sudu teh
Pewarna 3 pewarna pilihan
Bahan Merinque
Telur (Putih Sahaja) 6 biji
Gula Kastor 70 gram
Cream Of Tartar 1 sudu teh

Instructions

Cara membuat karamel

1

Gula ditabur ke dalam loyang 8 inci.

2

Masak atas api sederhana sehingga bertukar menjadi perang.

3

Biarkan gula mengeras. Ketepikan.

Kacau susu pekat dan gula perlahan-lahan. Kacau telur dan esen vanila perlahan-lahan.

1

Satukan kedua-dua bahan dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Cara membuat adunan kek A

1

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.

2

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Cara membuat adunan kek B

1

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.

2

Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Cara membuat merinque

1

Pukul putih telur hingga berbuih.

2

Masukkan gula dan cream of tartar pukul dengan kelajuan tinggi dan adunan menjadi kental.

3

Kalau adunan diterbalikkan dan tidak jatuh itu bermakna merinque menjadi.

Cara membuat adunan kek

1

Campur kedua-dua adunan A dan B.

2

Masukkan 1/3 adunan merinque. Kaup balikkan.

3

Kemudian masukkan baki adunan merinque.

4

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian yang sama banyak dan masukkan warna yang disukai.

5

Tuangkan adunan ini secara berselang- seli ke atas adunan karamel tadi.

6

Buat sehingga selesai.

7

Panaskan 170 C oven terlebih dahulu.

8

Masukkan loyang kek dan tukar suhu kepada 160 C dan gunakan api bawah sahaja selama 1 jam menggunakan kaesah steam bath.

9

Selepas kek masak biarkan kek di dalam oven sehingga kek renggang.

10

Setelah kek masak masukkan ke dalam peti ais untuk kek tahan lebih lama.