Back to Recipe Print

Recipe for "Ketupat Sotong Ala Kelantan"


Tips

Ketupat sotong Terengganu berwarna putih kerana mereka menggunakan gula pasir sahaja. Untuk resepi ini saya gunakan sekali gula melaka

Ingredients

Sotong 1 kg
Santan 1 liter
Beras Pulut 200 gram
Daun Pandan 3 helai
Gula Melaka 3 keping
Gula Pasir 100 gram

Instructions

1

Bersihkan sotong dan toskan

2

Rendam beras pulut bersama santan selama beberapa jam. Ini adalah untuk melembutkan beras pulut itu tadi. Masukkan sedikit garam.

3

Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan tutup dengan kepala sotong.

4

Masukkan sotong-sotong tadi ke dalam periuk dan masukkan lebihan santan yang digunakan.

5

Masukkan gula melaka dan juga gula pasir ke dalam periuk. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan