Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Chiffon Pandan"


Tips

1. Untuk hasil yg lebih baik, gunakan jus pandan asli, yakni daun pandan yg telah dikisar.
2. Asingkan telur kuning dan putih berhati-hati supaya telur kuning tidak pecah.
3. Bakar dengan suhu sederhana 160 cc.
4. Terbalikkan bekas chiffon apabila diangkat dari oven.
5. Sebelum dihidang, biarkan ia sejuk dahulu.

Ingredients

Telur 15 biji
Santan 400 ml
Jus Pandan 40 ml
Tepung Naik Sendiri 350 gram
Gula 400 gram
Pewarna Hijau 3 gram
Serbuk Krim Tar-Tar 25 gram
Telur 15 Biji ( Diasingkan Antara Kuning Dan Putih)
Jus Pandan ( Dikisar Sendiri Ambil Airnya )
Gula ( Dibahagi 2 Bhg Untuk Adunan Putih Dan Kuning)

Instructions

1

Telur 15 biji diasingkan ( kuning dan putih). Elakkan daripada telur kuning pecah. Bahagi kpd 2 bhg.

2

Ambil telur putih dan masukkan 200 gram ke dalam bowl mixer.

3

Ambil telur kuning dan masukan gula 200 gm dan kesemua bahan ingredient lain kecuali krim tar-tar. Putar selama 5-6 minit.

4

Telur putih pula diputar dgn 200 gram gula dan krim tar-tar 25 gram. Pukul sehingga kembang. Jangan terlalu kembang untuk hasilan lebih baik.

5

Lps itu masuk sedikit demi sedikit adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau dgn perlahan biar putih telur tadi sebati kedua-dua adunan.

6

Masukan dlm 4 bekas chiffon. Bahagi sama supaya ia kelihatan sama berat. Bakar ke dalam oven selama 18 minit dgn suhu sederhana.

7

Bila siap dibakar, terbalikkan bekas chiffon dan biarkan ia sejuk. Selepas sejuk barulah dibuang dari bekasnya. Boleh dihidangkan atau dijual.