Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Penyet"


Tips

Buat sambal mesti kena sedap, barulah power!!

Ingredients

Bahan-Bahan Untuk Nasi Putih
Beras 1 cawan kecil
Air (Untuk Masak Nasi) 1 cawan kecil
Bahan-Bahan Untuk Ayam Goreng
Ayam Seekor (Belah 4 Bahagian) Guna satu bahagian sahaja
Jintan Manis 1/2 sudu kecil
Serbuk Kunyit 1/2 sudu kecil
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu kecil
Garam Secubit
Gula Secubit
Minyak Untuk Menggoreng Satu mangkuk besar
Bahan-Bahan Untuk Sambal
Bawang Besar 1 biji
Cili Merah 7 batang
Cili Padi 3 batang
Tomato 2 biji
Belacan 1 inci
Bahan-Bahan Untuk Sup
Lobak Merah (Dihiris) 1/2 biji
Bawang Besar 1/2 biji
Bawang Putih 3 biji
Air 1 1/2 cawan
Kiub Ayam 1 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Bahan- Bahan Utuk Goreng Tempe Dan Tauhu
Tempe (Bungkus Daun) Satu keping (potong ikut suka)
Tauhu 1 keping (potong ikut suka)
Minyak 1 cawan
Bahan-Bahan Sampingan Untuk Hiasan
Timun (Dihiris) 1/2 biji
Kobis (Dihiris) Ikut suka
Limau Kasturi (Dihiris) 3 biji

Instructions

Cara-cara masak nasi

1

Cuci beras, selepas tu masak dengan satu cawan air. Masak menggunakan rice cooker.

Cara-cara menggoreng ayam

1

Cuci ayam bersih-bersih dan perapkan ayam dengan sebuk kunyit, jintan manis,serbuk lada putih,garam dan gula. Biarkan selama 5 minit.

2

Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan api tidak terlalu besar, gunakan api sederhana supaya ayam masak dengan sekata.

Cara-cara membuat sambal

1

Tomato dipotong dadu, bawang dan semua cili dihiris, semuanya digoreng bersama belacan. Angkat dan sejukkan.

2

Kisar bahan-bahan sambal yang digoreng tadi hingga lumat, kemudian gorengkan balik dalam kuali tanpa minyak. Goreng hingga sambal sebati dan pekat.

3

Tambah gula dan garam pada sambal untuk perisa, bila sambal sebati, bolehlah diangkat. Dan hidangkan.

Cara-cara membuat sup

1

Hiriskan bawang besar dan bawang putih, tumiskan dgn minyak sedikit,setelah garing masukkan air dan biarkan mendidih.

2

Setelah mendidih, masukkan lobak merah garam dan kiub ayam, biarkan mendidih lagi. siap

Cara-cara mengoreng tempe dan tauhu

1

Gorengkan tempe dan tauhu sehingga garing.

2

Setelah siap semua masakkan, bolehlah hidangkan dengan timun,kobis dan limau nipis.