Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Canai 3 Bahan"


Tips

Rendamkan adunan tepung dalam salutan marjerin berbanding dengan rendaman minyak untuk mengelakkan tepung mudah koyak ketika dicanai. Tak sangka memang sedap dan lembut.

Saya dah guna pelbagai jenis tepung. Cap Sauh agak tak menjadi. Mudah koyak. Tepung murah lain setakat ini ok.

Ingredients

Tepung Gandum 500 gram
Garam 1/2 sudu kecil
Susu Pekat 2 sudu besar
Air Sejuk 3/4 cawan
Air Masak Secukupnya
Marjerin (Untuk Dilumur) Secukupnya

Instructions

1

Gaul tepung, garam dan susu pekat. Tuangkan air sejuk dan gaul lagu sehingga sebati.

2

Masukkan air sejuk dan air masak sedikit demi sedikit, anggaran sehingga doh terbentuk. Jangan terlalu keras. Cukup melekat sedikit pada tangan.

3

Bulatkan mengikut besar yang kita mahu. Saya ikut saiz besar tapak tangan.

4

Lumurkan dengan marjerin dan tutup rapat.

5

Simpan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicanai. Seeloknya semalaman. Jika ingin buat sarapan, sediakan doh pada malam hari.

Cara Mencanai Doh

1

Gunakan loyang leper. Saya gunakan papan lapis kek berbentuk bulat.

2

Tekan tengah doh dengan tapak tangan yang sudah dicelup minyak.

3

Tolak sedikit demi sedikit hingga doh menjadi agak nipis. Kemudian tarik perlahan-lahan hingga doh benar-benar nipis.

4

Sedap ditambah marjerin dan taburan gula sebelum dilipat menjadi petak. Masak atas kuali sehingga garing dengan api sederhana kecil.