Sotong | 500 gram |
Halia | 3 cm |
Serai | Sebatang - titik |
Bawang Merah | Sebiji - mayang halus |
Bawang Putih | 3 ulas - ketuk |
Kacang Panjang | Seikat - potong panjang |
Daun Limau Purut | Sehelai - koyakkan |
Cili Padi | 3 biji - ketuk |
Minyak Secukupnya | - |
Garam | Secukupnya |
Lada Hitam | Secukupnya |
Air | Secawan |
Bersihkan sotong dan buang dakwatnya. Setelah bersih, potong bulat sotong tersebut. Perapkan seketika dengan garam dan kemudian bilas bersih.
Bawang merah dimayang halus dan bawang putih diketuk. Manakala kacang panjang pula dipotong panjang-panjang. Halia pula dipotong memanjang halus.
Panaskan kuali dengan minyak yang secukupnya. Setelah panas, masukkan bawang merah dan putih. Setelah naik bau, masukkan pula halia,serai dan cili.
Apabila semua sudah naik bau, sotong pula dimasukkan. Gaul sebati. Selepas 1 minit, masukkan air dan daun limau. Biarkan seketika sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Siap untuk dihidangkan.