Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Mentega Suji Marble"


Tips

Kek disimpan & dimakan esoknya lebih sedap kerana biji-biji suji menjadi lebih lembut kerana telah menyerap lembapan adunan kek

Ingredients

Mentega 250 g
Tepung Gandum 170 g
Baking Powder 1 cmt
Gula Kastor 150 g
Suji @ Semolina 100 g
Telur Gred A 4 biji
Susu Segar 100 ml
Esen Vanilla 1 cmt
Pewarna Merah/chocolate Emulco 1 cmt

Instructions

1

Panaskan ketuhar pada suhu 175C, glis loyang & alas dengan kertas minyak.

2

Putar mentega & gula kastor hingga sebati, masukkan telur satu persatu serta esen vanilla & putar hingga kembang.

3

Ayak tepung bersama baking powder & gaul suji dengan tepung tadi hingga rata.

4

Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar kepada adunan mentega dan gaul rata.

5

Asingkan 6 camca besar adunan tadi dan campur dengan pewarna merah/chocolate emulco, kacau rata.

6

Tuang adunan kosong dalam loyang, sudukan adunan merah/coklat di atasnya, ambil pisau atau chopstick, lorek untuk menjadi corak marble.

7

Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek, sejukkan atas redai.