Back to Recipe Print

Recipe for "Pucuk Ubi Masak Lemak Putih"


Tips

Macam biasa jika masak pucuk ubi, selepas celur di dalam air mendidih, lalukan dibawah air sejuk & hiris.

Ingredients

Pucuk Ubi 2 cekak - celur dalam air mendidih
Keledek 2 biji - potong baji
Cendawan Leper Secukupnya
Tempe 2 keping - potong kiub
Santan 1 kotak + 2 kotak air
Kiub Pati Ikan Bilis 1 biji
Udang Kering 1 camca besar - rendam, tumbuk kasar
Bawang Besar 1 biji - hiris
Bawang Putih 4 ulas - ketuk
Cili Merah 1 biji - hiris
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Masukkan keledek ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering, kiub pati ikan bilis, santan & air. Biar mendidih.

2

Tambah tempe & biar hingga keledek empuk.

3

Masukkan pucuk ubi & kacau rata hingga daun lembut.

4

Masukkan cendawan & cili merah. Kacau perlahan.

5

Perasakan garam & gula. Biar mendidih. Hidang.