Back to Recipe Print

Recipe for "Resepi Cream Puff Gebu"


Tips

gunakan piping bag untuk mendapat bentuk yang cantik

Ingredients

Bahan-Bahan Untuk Puff Gebu
Butter 1/2 cawan
Air 1 cawan air
Tepung Gandum (Diayak) 1 cawan
Telur 4 biji telur
Esen Vanila 1 sudu kecil
Garam Secubit garam
Bahan-Bahan Untuk Inti Kastard
Tepung Kastard 2 sudu besar
Tepung Jagung 2 sudu besar
Fresh Milk 1 dan 1/2 cawan
Telur 2 biji
Gula 3 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu kecil

Instructions

Cara-cara membuat puff gebu

1

Masukkan butter dan air dalam periuk. cairkan butter, selepas cair masukkan tepung dan kacau

2

Kacau laju-laju sehingga tepung tak lekat pada periuk dan jadi doh. tutup api. masukkan telur 1 per satu dan kacau lagi. masukkan pula esen vanila

3

Kacau sebati dan masuk dalam piping beg, sekiranya tiada, boleh menggunakan sudu dan buat bulat-bulat kecil. bakar pada suhu 200'c selama 25 minit.

4

Apabila puff nampak keperangan sudah boleh bawa keluar dari oven.

Cara-cara membuat filling kastard

1

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dalam api yang sederhana perlahan. kacau hingga pekat dan menggelegak. tutup api.

2

Belah kan di tengah-tengah puff dan letakkan kastard di dalamnya mengikut citarasa anda. selamat mencuba!