Back to Recipe Print

Recipe for "Potato Pancake-Gamjajeon-"


Tips

jika suka sayur-sayuran boleh tambah pelbagai jenis contohnya lobak merah,kubis.

Ingredients

Ubi Kentang 5 biji
Bawang Besar 1 labu
Telur Ayam Gred A Sebiji
Cili Hidup (Potong Halus) 2 biji
Garam Dan Lada Sulah Secukup rasa
Biji Bijan Goreng Tanpa Minyak 2 sudu besar

Instructions

1

Kupas kulit ubi kentang*tak perlu direbus terlebih dahulu*. Potong kecil2 supa senang untuk dikisar. Ubi kentang tadi mestilah dikisar bersama bawang besar( tambah sedikit sahaja air bagi menyenangkan bahan tadi dikisar halus)

2

Sebelum masukkan kedalam bekas bahan dikisar tadi ditapis terlebih dahulu dan disimpan air tapisan untuk diambil starch ubi. Setelah ditapis gaulkan bersama cili hidup+telur ayam+kucai(jika mahu)+garam+lada sulah dan juga starc ubi tadi.

3

Panaskan sedikit minyak dan jika bole gunakan kuali leper or non stick pan. Goreng spt goreng lempeng pisang or lempeng kelapa. Masak hingga kekuningan.

4

Taburkan biji bijan untuk hiasan. Hidangkan bersama sos cili + mayonis dan juga biji bijan sebagai penambah perasa. Siap dah xpayah ke Korea untuk rasa Gamjajeon. Selamat mencuba.