Kupas kulit ubi kentang*tak perlu direbus terlebih dahulu*. Potong kecil2 supa senang untuk dikisar. Ubi kentang tadi mestilah dikisar bersama bawang besar( tambah sedikit sahaja air bagi menyenangkan bahan tadi dikisar halus)
Sebelum masukkan kedalam bekas bahan dikisar tadi ditapis terlebih dahulu dan disimpan air tapisan untuk diambil starch ubi. Setelah ditapis gaulkan bersama cili hidup+telur ayam+kucai(jika mahu)+garam+lada sulah dan juga starc ubi tadi.
Panaskan sedikit minyak dan jika bole gunakan kuali leper or non stick pan. Goreng spt goreng lempeng pisang or lempeng kelapa. Masak hingga kekuningan.
Taburkan biji bijan untuk hiasan. Hidangkan bersama sos cili + mayonis dan juga biji bijan sebagai penambah perasa. Siap dah xpayah ke Korea untuk rasa Gamjajeon. Selamat mencuba.
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment