Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Hijau"


Tips

-boleh dimakan dengan nasi impit/ketupat nasi/pulut/roti
-boleh guna isi ayam sahaja jika suka
-santan boleh ditambah jika suka lebih lemak
-santan boleh diganti susu cair tin

Ingredients

Ayam Seekor
Santan Pekat Rm2
Garam,gula Secukup rasa
Minyak Untuk Menumis 1/2 cawan
Bahan Kisar
Serai 3 batang
Lengkuas 2 inci
Halia 1 inci
Daun Limau Purut 10-15keping
Pokok Ketumbar 2-3pokok
Cili Padi Hijau Ikut pedas
Cili Hijau 5-6biji
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 3 ulas

Instructions

1

Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga pecah minyak atau naik bau

2

Masukkan ayam,biarkan air ayam keluar.

3

Ayam dah hampir masak,masukkan santan/susu. Perasakan
*tambah air mendidih jika suka berkuah sedikit