Back to Recipe Print

Recipe for "Siput Sedut Lemak"


Tips

-untuk memudahkan membersihkan siput,rebus dahulu sebelum memotong buntutnya
-selepas memotong,rendam & bilas 2 3 kali sehingga bersih
-penggunaan bawang kecil,kuah akan lebih manis
-kunyit hidup boleh diganti kunyit serbuk

Ingredients

Siput Sedut 2kg
Santan Pekat 250ml
Cilipadi 5-6biji
Kunyit Hidup 1 inci
Bawang Kecil 2-3 biji
Bawang Putih 1-2 ulas
Serai Mayang 1-2 batang
Daun Kunyit - Dicarik 1 helai
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Cuci siput hingga bersih . Rebus & toskan

2

Buang buntut siput & bersihkan sekali lagi

3

Tumbuk cilipadi,bawang kecil,bawang putih,kunyit & serai. Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk dan masukkan siput

4

Gaul rata dan pasangkan api perlahan sambil kacau2 bahan ini
*proses ini akan keringkan saki baki air yang ada dalam siput.

5

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan santan pekat. Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak