Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Belimbing Hitam "


Tips

Untuk merebus belimbing, lebih baik gunakan periuk lama atau yg dah nampak buruk kerana belimbing akan menghitamkan periuk kita & agak susah nak tanggal..

Ingredients

Belimbing Buluh 15 biji
Minyak Masak 3 senduk besar
Bahan Kisar / Tumbuk
Bawang Besar (Merah) 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Padi 10 tangkai
Ikan Bilis Segenggam
Bahan Lain
Garam, Gula Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan belimbing & rebus dlm periuk TANPA air sampai belimbing bertukar warna hitam.

2

Yang penting semasa merebus belimbing, gunakan api sederhana. Kacau selalu supaya belimbing kita tak hangit ye.. (proses ni mkn masa sikit)

3

Tumiskan bahan kisar tadi.

4

Bila dah nampak garing sikit, masukkan belimbing yg dah direbus tadi & lecek2 kan.

5

Masukkan garam, gula & gaul sampai sebati.

6

Masak sehingga naik minyak.

7

Tadaa..! Sedap dimakan bersama nasi panas.

8

Selamat Mencuba :)